Kelas ini direka khas untuk membantu anda memahami asas pembinaan chatbot AI menggunakan Python dan Gemini API secara praktikal dalam Google Colab.
Hanya dalam masa 3 jam, anda akan belajar langkah demi langkah bagaimana chatbot berfungsi daripada idea hingga chatbot yang boleh berinteraksi menggunakan dataset sendiri!
📅 Tarikh: 9 November 2025 (9.00am - 12.00pm)
🕒 Masa: 3 jam
💻 Tempat: Bersemuka (TBA)
Objektif Kelas
Memahami konsep asas chatbot dan AI generatif
Belajar penggunaan asas Python dan beberapa library penting (seperti requests, json, pandas, dll)
Membina flowchart AI untuk merancang logik chatbot
Mempelajari cara menyediakan dan mengolah dataset untuk chatbot
Mengetahui cara menghubungkan dataset dengan Gemini API
Menguji chatbot secara langsung dalam Google Colab
Struktur Pembelajaran (3 Jam)
Pengenalan & Persediaan (30 minit)
– Pengenalan konsep chatbot & AI
– Log masuk dan setup Google Colab
– Perkenalan ringkas Gemini API
Bahagian 1: Asas Python & Library (45 minit)
– Sintaks asas Python
– Penggunaan library mudah untuk pemprosesan teks dan API
Bahagian 2: Reka Bentuk Flowchart AI (30 minit)
– Cara melakar flow logik chatbot
– Hubungan antara niat pengguna dan respon chatbot
Bahagian 3: Dataset & Integrasi Gemini (1 jam 15 minit)– Cara olah dataset (soalan–jawapan, dialog, dsb.)– Sambung dataset dengan Gemini API– Uji chatbot dalam Colab dan lihat hasilnya!
Perkara yang Perlu Dibawa
Laptop sendiri (dengan sambungan Internet)
Akaun Google (untuk akses Google Colab)
Akaun Gemini (untuk akses Gemini API)
Siapa yang Sesuai Menyertai
Pelajar atau pemula dalam bidang AI & chatbot
Individu tanpa latar belakang teknikal tetapi ingin belajar asas AI
Sesiapa yang ingin memahami cara AI “berfikir” dan memberi jawapan