GenAI 101: Pembinaan AI menggunakan Python & Gemini dalam Google Colab
GenAI 101: Pembinaan AI menggunakan Python & Gemini dalam Google Colab
Kelas ini direka khas untuk membantu anda memahami asas pembinaan chatbot AI menggunakan Python dan Gemini API secara praktikal dalam Google Colab.
Hanya dalam masa 3 jam, anda akan belajar langkah demi langkah bagaimana chatbot berfungsi daripada idea hingga chatbot yang boleh berinteraksi menggunakan dataset sendiri!
📅 Tarikh: 9 November 2025 (9.00am - 12.00pm)
🕒 Masa: 3 jam
💻 Tempat: Bersemuka (TBA)
Objektif Kelas
- Memahami konsep asas chatbot dan AI generatif
- Belajar penggunaan asas Python dan beberapa library penting (seperti
requests,json,pandas, dll) - Membina flowchart AI untuk merancang logik chatbot
- Mempelajari cara menyediakan dan mengolah dataset untuk chatbot
- Mengetahui cara menghubungkan dataset dengan Gemini API
- Menguji chatbot secara langsung dalam Google Colab
Struktur Pembelajaran (3 Jam)
-
Pengenalan & Persediaan (30 minit)
– Pengenalan konsep chatbot & AI
– Log masuk dan setup Google Colab
– Perkenalan ringkas Gemini API -
Bahagian 1: Asas Python & Library (45 minit)
– Sintaks asas Python
– Penggunaan library mudah untuk pemprosesan teks dan API -
Bahagian 2: Reka Bentuk Flowchart AI (30 minit)
– Cara melakar flow logik chatbot
– Hubungan antara niat pengguna dan respon chatbot - Bahagian 3: Dataset & Integrasi Gemini (1 jam 15 minit)
– Cara olah dataset (soalan–jawapan, dialog, dsb.)
– Sambung dataset dengan Gemini API
– Uji chatbot dalam Colab dan lihat hasilnya!
Perkara yang Perlu Dibawa
- Laptop sendiri (dengan sambungan Internet)
- Akaun Google (untuk akses Google Colab)
- Akaun Gemini (untuk akses Gemini API)
Siapa yang Sesuai Menyertai
- Pelajar atau pemula dalam bidang AI & chatbot
- Individu tanpa latar belakang teknikal tetapi ingin belajar asas AI
- Sesiapa yang ingin memahami cara AI “berfikir” dan memberi jawapan